Tuesday, August 14, 2007

ISU BARAKAH DALAM PENDIDIKAN MELALUI IT SATU PENILAIAN

Oleh: Muhammad 'Uthman El-Muhammady

Pendidikan melalui IT . Teknologi Maklumat- atau sekarang digunakan istilah ICT -Teknologi Maklumat dan Komunikasi - adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan, bahkan merupakan satu keperluan oleh kerana meluasnya penggunaan teknologi demikian dalam keberkesanan dan kepantasannya dalam segi-segi tertentu. Walaupun sebelumnya ia merupakan teknologi yang dilahirkan bagi tujuan peperangan, tetapi kemudiannya ia digunakan dengan meluas bagi mencari maklumat, menyimpan, menghantarkan ke sasaran serta mengembangkannya dengan penuh berkesan. Dengan kedudukannya sebagai suatu teknologi ianya bermanfaat dalam semua bidang kehidupan manusia, daripada bidang maklumat berhubungan dengan pandangan hidup, kerohanian, akhlak, disiplin hidup, hingga kepada maklumat berhubung dengan ekonomi, pendidikan, budaya, ketenteraannya, seni dan sasteranya serta hiburan. Asalnya peradaban lain tidak menghalangnya daripada diterima oleh kerana pengajaran dan hadith yang bermaksud "Hikmat kebijaksanaan adalah barang hilang orang rnu'min, maka di mana ia menernuinya ia lebih berhak dalam hubungan dengannya".(In~am as-Suyuti,al-Jami' as-Saghir ). Maka dalam ayat ini akan dibicarakan insya'Allah - persoalan hagaimana isu "barakah" muncul dalam hubungan dengan pendidikan - katakan pendidikan Islam- yang dijayakan dengan 1CT ini.

Pendidikan:
Mungkin lebih berfaedah jika kita mempebaharui ingatan kita tentang maksud pendidikan. Antara yang boleh diingatkan ialah maksud pendidikan adalah penyampaian ilmu yang sama ada ilmu yang berkaitan dengan agama atau ilmu hidup duniawi dengan pelbagai cawangan. Gunakanlah istilah ilm� Wahyu dan bukan Wahyu, atau (ilmu syar'iyyah, ilmu akliah, ilmu naqli atau ilmu aqli)

Yang dimaksudkan ilmu itu ialah "pengenalan yang dimaklumi mengikut apa yang sebenarnya" antara takrif yang boleh didapati dan al-Baqillani rh misalnya. dalam "at-Tamhid"nya ianya dikenali dengan dalil yang sebenarnya .Kalau tidak cukup syaratnya ianya bukan ilmu tetapi waham atau sangkaan atau kejahilan yang disangkakan ilmu. Dan sangkaan tidak holeh dikira mengambil tempat sebagai ilmu. Maka ber1akulah proses "ta'lim" dalam rupa guru, mu'allirn mengajar muridnya. Berlakulah hubungan antara dua akal, akal guru dan akal murid, jiwa guru dan jiwa murid.Dalarn interaksi itu berlakukan proses talim itu; berlakulah pemindahan ilmu dari guru kepada murid, dengan kefaharnan yang sewajarnya.

Pendidikan juga berlaku sebagai "tarbiyah" dalam erti kata berlakunya peningkatan pada si murid hasil daripada hubungan pendidikan dengan guru itu. Dengan berlaku hubungan tarbiyah antara guru dan murid itu berlakulah peningkatan pada akal, jiwa, hati, ilmu, akhlak , disiplin dan himah si murid. Maka berlakulah perubahan ke arah kebaikan pada si murid dalarn segi akliah, emosi, disiplin dan akh]ak serta kemahiran .Kalau dibaca secara Islam, boleh dikatakan berlakulah - sepatutnya - peningkaan pada akidah, pengabdian, akhlak, dan disiplin berdasarkan Syariat dalam diri murid yang berkenaan.

Pendidikan juga berlaku sebagal proses mendidik adab atau "ta'dib" pada si murid. .Dengan itu jadilah si murid itu sebagai seseorang yang beradab zahir batinnya hasil daripada ta'dih yang berlaku kesan daripada interaksi antara akalnya dan jiwanya dengan akal dan jiwa guru itu.

Pendidikan juga boleh disebut sebagai "irshad" atau bimbingan ke arah jalan hidup dan nilai yang betul mengikut ajaran Islam.Dengan itu si murid menjadi peribadi yang betul perjalanan hidup dan nilai dalam hidup. Ini adalah hasil daripada pengajaran dan juga "persahabatan" dengan guru yang menunjukkan tauladan yang baik dan memberi peransang kepada murid.

Dalam memberi pendidikan ini semua guru menggunakan kitab, buku, papan hijau, atau white board, slide, projektor, komputer, alat video-conferencing, atau apa lagi alat-alat pandang-dengar yang holeh digunakan dengan kasetnya, CD ROM, atau DVD atau apa-apa yang sepertinya sebagai alat.Dalam semua ini guru adalah sebagai pendidik, penunjuk jalan, dan pengajar.

Pendidik akhirnya berfungsi sebagai pakar yang mengajar matapelajaran dengan cara yang sangat mahir dan berkesan sehingga murid benar-benar rnenguasai matapelajaran yang diajarkan kepadanya.Dengan itu dapatlah kita hasilkan murid atau pelajar yang berjaya dan dari segi ilmiah, akhlak, agama dan kemahiran dengan izin Allah.

Dan kalau dikaitkan dengan tradisi bangsanya, maka jadilah si murid itu sebagai pelajar yang memaharni tradisi hangsanya dan kasih kepada bangsanya dan negaranya selain daripada ia kasih kepada umat Islam yang ia adalah seorang daripada ahlinya.

Pendidikan Melalui IT
Mungkin bermenafaat kita ingatkan apa yang berlaku bila kita laksanakan IT dalam pendid ikan. Antaranya ialah dalam pembelajaran digunakan misalnya internet untuk mendapatkan maklumat tentang matapelajaran, dan ianya didapati secara yang sangat Menggesa pihak-pihak samada individu atau institusi supaya mengusahakan laman web yang melipuli isi,yang interaktif yang menonjolkan Islam, ajaran hidup rohani, akhlak, hukum, peradaban dan dalarn masa yang sama memberi jawapan kepada persoalan yang ditimbulkan oleh mana-mana pihak dengan cara yang memuaskan melalui penggabungan ahli-ahli ilmu islam dan para cendekiawan negara ini. Dengan itu terciptalah laman web Islam antarabangsa dan Malaysia.

Kesedaran dikalangan para pelajar dan ahli masyarakat yang lain hendaklah ditingkatkan supaya dapat membenteras diri mereka dari bahan-bahan yang memudaratkan di dalam internet.

Syarikat-syarikat yang ingin membangunkan program-program Islam yang berguna dalam hubungan dengan ICT ini hendaklah diberikan kemudahan-kemudahan yang diperlukan oleh pihak kerajaan dan swasta demi untuk menjayakan Islam dan pendidikan Islam melalui ICT ini.

Majalah-majalah tentang ICT ini hendaklah dimuatkan dengan bahan-bahan yang membantu pendidikan Islam misalnya dengan mengadakan halaman-halaman khas untuk tujuan ini misalnya majalah "Shopper", "Intenet" alau "Web" atau "Majalah PC" ataupun mungkin lebih bermanafaat jika diadakan majalah ICT khas untuk tujuan pendidikan dan dakwah Islamiah.

Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, penggunaan ICT dalam pendidikan merupakan langkah yang mesti dilaksanakan, dengan memanfaatkannya secara maksima mungkin, demi untuk menjayakan pendidikan di kalangan kita, apa lagi pendidikan lslam. Dengan ini mudah-mudahan berlakulah penggabungan antara yang asal yang sahih dengan yang baru yang mendatangkan manafaat. Bertalian dengan itu hendaklah sentiasa diingatkan matlamat-matlamat pendidikan Islam yang asal dan juga penghayatan adab-adab antara guru dan murid sebagaimana yang ada dalam ummat Islam, supaya keberkatan dalam pendidikan dan keberkesanannya boleh dinikmati di kalangan kita dalam menuju kejayaan yang dikehendaki Allahumma amin.Wallahu a'lam cepat, tidak sebagaimana yang boleh didapati daripada buku yang memakan masa yang agak panjang Cuba bayangkan pelajar mencari maklumat tentang Al-Quran dan terjemahannya dan internet rnelalui laman web "sakhr" dengan menulis "Qur'an" dalarn kotak dialog dengan menggunakan pencari "infoseek" misalnya dalam beberapa minit sahaja Ia boleh mendengar Syaikh Mahmud al-Husari membaca Quran dan boleh melihat surah yang dibacanya dengan terjemahannya sekali. Sekiranya �a menggunakan CD ROM Quran terbitan "Sakhr" di dalamnya ada tafsir lbn Kathir atau al-Qurlubi dan Jalalain; dalam masa dua tiga minit sahaja ia boleh mendapatkan huraian ayat yang dicari itu. Ini berlaku secara yang sangat pantas.

Atau ia mahu mencari terjemahan hadith-hadith Nabi saw; maka �a boleh rnencarinya dengan menulis "hadith-translation" dalam kotak dialog dengan menggunakan pencari "altavista" umpamanya; dalarn beberapa saat dia boleh melihat laman-laman web yang boleh didapati apa yang dikehendakinya kitab-kitab rujukan dalam Bahasa Arab dalam bidang-bidang seperti tafsir, hadith, fiqh, usul-al-din, tasawwuf, perkamusan, boleh dicapai misalnya melalui laman web "al-muhaddith.com".

Majalah-majalah dalam Bahasa Arab boleh didapati dengan menaip dalam kotak dialog "Arabic magazines" atau "Arabic periodicals" atau "Arabic newspapers".Makalah-makalah itu boleh dicetak dan dibaca sebagai bahan tambahan dalam pendidikan. Bahkan ada pusat -pusat pengajian yang memuat turun majalah luar negeri dan memfotostatkannya dan menjilidnya dan kemudian dimasukkannya ke dalarn perpustakaan untuk bacaan dan rujukan para pelajar..Ceramah dalam Bahasa Arab boleh didengar melalui capaian antara lain BBC Middle East, dengan syarat ia download "real player" untuk mendengarnya.

Demikian pula kalau ia mahu mencari makumat-makiumat tentang peradaban Islam dan sains, maka Ia boleh tuliskan didalam kotak dialog "Islamic civilization and science" dengan menggunakan pencari seperti "infoseek" atau "altavista" misalnya.Dalam beberapa saat ia boleh mencapai kepada laman web itu. Guru dan murid boleb berinteraksi meialui e-mail, dengan menyertakan "attachment" itu berserta dengan e-mail itu.Dengan itu berkembanglah ilmu pengetahuan atau kesedaran dalam pendidikan. Dan para guru juga boleh mengadakan laman web sendini yang boleh diakses oleh sesiapa yang mernerlukan makiumat yang ada padanya dan mencetaknya. atau hubungan antara guru dan murid itu boleh berlaku melalui alat video-conferencing dan mereka boleh bercakap dan beringeraksi rnelaluinya dan menyampaikan pel aj arannya, sebagaimana yang ben aku dal am pendidikan jarak jauh.
Ringkasnya melalui penggunaan ICT beberapa perkara berlaku dalam pendidikan:
# Capaian kepada maklumat secara segera dalam beberapa saat atau minit sahaja
# Pemindahan maklumat segera
# Penyimpanan maklumat segera
# Kefahaman berlaku dengan masa yang singkat
# Perubahan segera-dengan syarat ianya dalam bidang kebaikan, bukan sebaliknya.
# Ada keberkesanan ilmu atas keluarga dan mereka yang terdekat, termasuk masyarakat
# Tidak berlaku penyalahgunaan ilmu kepada perkara yang jahat dan sesat
# Segera dalam mencapai ilmu, yang kalau tidak kerana keberkatan akan mengambil masa yang lebih lama
# Ilmu mesti diingat dan tidak dilupakan
# Ilmu berkembang kepada orang lain bukan terhenti setakat din sahaja
# Ilmu membantu ke arah pembinaan "umrnah yang terbaik yang dilahirkan untuk ummat manusia..." (Au 'Imran.1 10).
# Boleh menjadi senjata dalam menghadapi fahaman yang sesat dan salah, alam bentuk lama atau baru, dan menegakkan kebenaran dalam akidah, hidup kerohanian, akhlak yang mulia, dan hidup mengikut peraturan Syara' dalam hidup individu dan kolektif.

Adakah Keberkatan Boleh Dicapai Dengan Penggunaan ICT Dalarn Pendidikan?
Dalam mendidik para pelajar untuk menjadi mahir dalam matapelajaran, maka penggunaan ICT ada keberkesanannya, misalnya dalam soal rnendapatkan maklumat-maklumat dengan cepat, rnenyimpannya, membentangkannya dan menyebarkan dengan cepat .Misalnya dalam pendidikan Islam, untuk pengajian bahasa, bahasa komunikasi dan juga bahasa untuk tujuan ilmiah, sejarah, sains, sastera, dan lainnya, termasuk bidang Al-Qu'ran, Sunnah, peradaban, dan seterusnya melalui internet, CD ROM, DVD dan lainnya, berserta dengan alat-alat audio dan visual dalam system elektronik yang ada.

Kita sudahpun didedahkan kepada maklumat bagaimana perang teluk dilaksanakan persiapan untuknya dengan simulasi perang melalui program komputer, dengan kereta kebal, peluru, dan seterusnya, secara mendalam yang kemudian dilakukan dalam medan perang.. Demikian pula kita didedahkan dengan simulasi cara memandu kapalterbang, memandu kereta, seterusnya, semuanya akan melalui komputer. Dan kejayaannya memang terjamin. Sudah tentu teknologi ini kita mesti menafaatkan untuk pendidikan. Dalam proses mendidik mereka dengan adab penggunaan ICT bermanfaat untuk pendedahan kepada tentang nilai-nilai dan amalan-amalan yang berkaitan .Demikian juga dalam hubungan dengan pembentukan disiplin hidup rohaniah dan perjalanan hidup yang betul dan bertertib alat dalam ICT boleh membantu dalam menjayakan matlamat.

Bagaimanapun ini semua hendaklah berlaku kehadiran guru. Keperluan pengajian tanpa guru sebagai pemandu atau pendidik tidak boleh dinafikan atau diminimakanakan. Ini perlu dilihat dalam konteks bagaimana pendidikan asalnya adalah kontak atau perhubungan. dan interaksi antara dua akal, ,jiwa hati dan peribadi secara tertentu yang mendatangkan kesan yang baik dan menjamin kejayaan sebenarnya bukan setakat memindah data atau maklumat kerana yang ditujukan ialah maklumat ilmu yang berupa huraian yang menimbulkan fahaman yang tepat (fiqh, fahm), yang kemudiannya menjadi kebijaksanaan (hikmah atau wisdom). Kalau pemindahan maklumat sahaja maka itu menurunkan manusia kepada taraf robot dan menghancurkan wajahnya sehagai khalifah Tuhan di bumi dan hambaNya-yang mernpunyai roh, nafas, akal, dan kedudukannya di alam abadi, selain daripada alarn benda yang akan fana ini.

Adab Perhubungan Guru-Murid:
Untuk menjayakan huhungan guru-murid yang wajar, mesti dirujuk kembali kepada Al-Quran dan Sunnah dan Tradisi Islam dalam pendidikan.
Antaranya ialah:

Adab guru - mengajarnya dengan niat ikhlas, menganggap rnuridnya seperi anaknya; mengajarnya dengan lemah lembut dan memberi pengajaran secara bijaksana bukan dengan rnarah-marah, menjawab soalah dengan teliti sesuai dengan mentaliti dan kefahaman para pelajar. Guru hendaklah menguasai bahan-bahan ilmunya dengan baik; kalau zaman kita ini guru hendaklah mengetahui unsur-unsur tamaddun dan pengetahuan kini yang berhubung dengan ilmu Islam yang diajarkannya dan mampu menangani soal-soal kini yang berkaitan dengan ilmunya dan mempertahankannya; menunjukkan contoh kehidupan cara Islam yang baik, mendoakan kejayaan para pelajar,,menegur dengan penuh kasih sayang bila mereka tersilap dan bertindak bebal, mengambil berat tentang mereka dan kehidupan mereka walaupun masa selepas sekolah atau pengajian. Antaranya ini disebut dalam "al-Ihya' " Imam alGhazali dan juga "Adab ai-'Alim wal-Muta'allirn" oleh az-Zamuj~, dan "atMuqaddimah" ibn Khaldun. Allah memberi rahmat kepada mereka.

Adab murid-taat kepada guru; menghorrnatinya mendoakan kebaikan untuknya, rnenganggapnya seolah-olah seperti bapanya, memberi salam kepadanya terlebih dahulu, mendoakannya sewaktu hidup dan matinya, menghormati keluarganya, tidak derhaka kepadanya, kalau ada apa-apa kesilapan, memberitahunya dengan penuh hormat dan kasih sayang dan adab serta tawadhuk, jangan melaga-lagakannya dengan orang lain, bersangka baik terhadapnya kalau ada apa-apa pendapatnya yang kita rasakan ada kelainan dengan apa yang sewajarnya; jangan memanggilnya dengan panggilan yang buruk bahkan hendaklah memanggilnya dengan panggilan yang baik dan penuh hormat.

Beberapa Cadangan
Menggesa pihak-pihak yang ahli dalam ITC mencipta perisian perisian yang boleh digunakan dalam pendidikan Islam terdiri daripada bahan-bahan berkaitan dengan akidah, hidup kerohanian, akhlak, syariat, fiqh, sejarah, bahasa, dan lainnya supaya boleh digunakan dalam pendidikan Islam secara lebih berkesan.Ini dicadangkan dengan mengambil kira mana-mana perisian yang sudah ada dalam bidang Quran ,Hadith, Sejarah, Peradaban dan seterusnya.

# kemudahan menulis dan mencatit - bahan-bahan dalarn laman web boleh dicetak dan dihantar rnelalui e-mail kepada sesiapa yang dikehendaki. Isu Keberkatan: Tanpa memheri perhatian mendalam dari segi perkamusan, kita boleh melihat penggunaan "harakah" dalam Quran, Antaranya dalarn beberapa ayat seperti peenciptaan bumi dan gunung padanya dan memberkatinya -Fusilat. 10; negeri-negeri bahagian Tirnur dan Baratnya yang diberi keberkatan padanya-A'raf.137; Masjid alAqsa yag diberkati sekelilingnya -al-lsra'i; keberkatan dilimpahkan ke atas Nabi Ibrahim dan lshaq-as-Saffat. 113; diberkatlah orang yang berada hampir dengan api yang ditunjukkan kepada Nabi Musa as. -an-Narnl.8; Maha Berkatlah Allah -iaitu Maha Suci Tanya...al-Furqan.l0, 61, 61, al-Rahman.78, al-Mulk.1; al-Mu'min.14; Al-Zukhruf.85; keberkatan langit burni dilimpahkan atas ahli negeni-al-A'raf 95; Hud .48-keherkatan dan Allah atas Nuh a.s.dan ummat-ummat bersama dengannya.Kitab yang berkat-an-'am.92; I 55;al-Anhiya' .50;Sad.29;keberkatan atas din 'isa as. -Maryam.3 1; al-mu'rninun.29- doa Nabi Nuh as. supaya diturunkan tempat turun yang diherkati ; Tuhan menurunkan air dan langit yang penub dengan keherkatan-Qaf.9; pokok yang penuh keberkatan-al-Nur.35; malarn yang penuh berkat-adDukhan.3;suruhan memberi salam kepada penghuni rumah dan doa keberkatan dan Allah-al-Nur.6 I; bumi yang penuh berkat -al-Qasas.30.

Nampaknya keberkatan sebagai segala kebaikan yang asalnya ada pada Allah - thubut al-khair al-ilahi f'i'sh-shay'- berada -selain dan Allah, ada pada wahyu, langit dan bumi, air, pokok, bukit bukau, insan, umat, tumbuh-turnbuhan, termasuk rezeki semuanya, malam, siang, bahkan semua benda.

Kalau kita merujuk sedikit sebanyak kepada beberapa ayat yang berkenaan seperti "Makkah yang penuh berkat" (all 'Imran.96) dalarn tafsir al-Quntubi dinyatakan maksudnya dijadikan ianya sebagai tempat yang penuh berkat bagi berganda pahala arnalan di daiamnya, dan dinyatakan keberkatan itu ialah "kathratul-khair" -kehaikan yang tenlamu amat banyak. "Dijadikan penuh keberkatan atasku di mana aku berada (merujuk kepadA 'isa as.) maknanya mengikut Tafsir ibn Kathin - mengajan kebaikan, juga rnaknanya "menyuruh yang balk dan mencegah yang munkar".

Dalam tafsir al-Qurtubi, ayat yang di atas ditafsirkan keberkatan itu sebagai "rnernpunyai keberkatan-keberkatan, dan manfaat-manfaat dalam agama dan menyeru kepadanya dan mengajar (manusia) tentangnya".Dinukilkan huraian atTustari rh. Maksudnya ialah "menyuruh yang ma'ruf, mencegah yang munkar, menunjuk jalan yang betul kepada orang yang sesat, menolong yang dizalimi, dan membantu orang yang memerlukan bantuan".

Keberkatan Dalam Pendidikan:
Erti keberkatan dalam pendidikan mungkin implikasinya ialah:
# Mendapat fahaman yang betul dan benar
# Ada keberkesanan ilmu pada diri dengan berlaku peruhahan kepada kebaikan

dari:http://www.e-mosque.com.my/index.php?p=arkibkupasan/kupasan001.php

1 comment:

azriladha said...

ape kebenda yg dia tulis ni.. merapu meraban..